TVXQ! & Cassiopeia..~

Cassiopeia was named after the constellation, because it consists of five stars. If you support only three, or only two, you don't have a reason or right to call yourself a Cassie.

In reality, the stars of Cassiopeia are light years apart from each other, but they still make up the constellation in the sky: they're together that way.Even if DBSK are separated, they'll always be one for us. DB5K will always be what we see in our hearts, although they're on separate stages. Distance is no matter.

I'm Proud to be a Cassie's..!! ♥ YunHo ♥ JaeJoong ♥ YooChun ♥ Junsu ♥ ChangMin ♥

~Follow Here~

Selasa, 19 April 2011

Bersedia Memberi Dan Menerima Pertolongan..

slm smuanya !~! jomm sling m'bantu !~!!



Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang diciptakan Tuhan yang tidak memerlukan orang lain. Semua daripada kita membesar sambil bergantung harap kepada orang lain. Bukan saja ibu bapa kita, malah berjuta orang yang kita kenali atau tidak kenali.

Contohnya apabila kita lahir, ada jururawat, ada doktor, ada pengawal keselamatan hospital, ada makcik tukang masak, ada pencuci lantai dan sudah tentu ibu, bapa, makcik, pakcik, tokwan dan nenek kita juga membantu kita dalam mana-mana segi.

Namun apabila kita membesar kita mula untuk berubah dan berfikir bahawa kita sepatutnya 'berdikari' dan tidak bergantung harap kepada orang. Ini betul, tetapi ada hadnya.

Sewaktu saya bertanya kepada salah seorang mentor saya, "Apakah rahsia kejayaan beliau?" Beliau menjawab mudah iaitu, "Beri pertolongan jika kita boleh dan jangan segan untuk terima pertolongan jika ia dapat meningkatkan nilai dalam hidup kita."

Saya agak terkejut kerana dengan memberi pertolongan ini bermakna apa yang kita ada akan berkurangan. Namun teori ini hanya dapat difahami apabila dipraktikkan.

Jadi di sini, yang pertama adalah beri pertolongan selagi kita boleh beri pertolongan. Tak semua pertolongan akan mengurangkan apa yang kita ada. Contohnya kita tolong kawan menasihati mengenai perniagaannya, berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Ini semua tidak mengurangkan apa yang ada pada anda. Jika ia mengurangkan sekalipun, seperti memberi sedekah atau pertolongan fizikal. Jangan risau, anda akan dapat lebih dari itu. Ini hukum alam.

Memberi pertolongan ini masih mudah. Namun perkara yang menjadi masalah ramai orang adalah menerima pertolongan. Saya diajar sejak kecil oleh ibu saya untuk tidak menerima sebarang pertolongan daripada sesiapa. Ayah saya pula mengajar sesuatu yang berbeza.

Sewaktu ayah saya menjalani pembedahan baru-baru ini, terdapat ramai kawan-kawannya datang dan salah seorang dari isteri kawannya bertanya, apa yang ayah saya mahu untuk makan tengahari esok. Ayah saya pun menjawab tenang bahawa dia nak nasi minyak, kari kambing dan sayur.

Saya hanya memerhatikan tingkah laku ayah saya ini. Selepas pasangan itu pulang. Saya bertanya ayah saya. Kenapa perlu menyusahkan orang lain? Jika orang tanya begitu, jawab sajalah "tak nak". Kenapa mereka ini perlu masak dan datang berpuluh kilometer untuk menghantar makanan ini. Ibu saya boleh masak apa saja untuk ayah saya.

Ayah saya menjawab, "Sebenarnya dia yang meminta pertolongan Atta, bukan Atta yang minta pertolongannya."

Huh? Maksudnya ?

"Apabila seseorang ingin memberi kepada kita, jangan katakan tak nak. Kerana orang yang memberi itu mempunyai kebahagiaan yang lebih berbanding kita yang menerima. Jadi Atta sebenarnya ingin menolong mereka untuk bahagia dengan memberi."

Ya, ini hukum alam.

Manusia mendapat lebih kebahagiaan dengan memberi berbanding menerima.

Jadi apa yang saya ingin sampaikan disini. Lebih banyak kita dapat menolong orang lain dan menerima pertolongan orang lain, adalah lebih baik. Jangan belajar menolak apa yang diberi orang lain. Terima pemberian ini dengan terbuka hati.

Anda mungkin akan menolak peluang yang besar yang menanti anda jika anda menolak kebaikan yang datang kepada anda.

Pada tahun lepas, saya menerima jemputan kedua dari TV9 untuk berbicara di program Nasi Lemak Kopi O dan saya diminta membawa 2 orang peniaga wanita yang berniaga di www.lot.my untuk tampil bersama untuk menceritakan pengalaman mereka.

Maka saya pun menghubungi salah seorang penjual wanita yang bagus di lot.my untuk tampil bersama. Dia pada mulanya bersetuju. Namun pada saat-saat akhir, dia memberi alasan bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri. Alasan yang diberikan adalah "saya perlu buat photoshoot untuk produk saya, dengan cara inilah saya cari makan."

Saya menerangkan panjang lebar bahawa dengan keluar di TV, lebih ramai pelanggan akan mengetahui perniagaannya dan dia akan mendapat lebih ramai pelanggan. Selepas beberapa jam di rancangan TV itu, buatlah photoshoot sampai lebam pun. Dia tidak termakan dengan pujuk rayu saya.

Syukur akhirnya saya dapat juga 2 orang peniaga wanita lain yang bersetuju walaupun terpaksa datang jauh dari utara untuk program ini.

Baru-baru ini selepas lebih setahun peniaga wanita yang menolak tawaran tadi menghubungi saya. Dia menyatakan, "kini saya telah bersedia untuk muncul di TV dan saya nak minta bantuan dari SJ untuk memperkenalkan saya untuk rancangan TV seperti Nasi Lemak Kopi O, saya yakin dengan penampilan seperti ini akan memajukan perniagaan saya"

Apa sepatutnya saya lakukan?

Saya terangkan kepada dia, saya tidak mungkin akan kenalkan dia buat kali kedua untuk rancangan TV kerana jika dia tarik diri sekali lagi di minit-minit akhir. Di mana saya nak letak muka saya? Respon dia tentulah marah-marah kepada saya. Ini bukan masalah saya. Dia yang perlu mengambil peluang apabila ditawarkan.

Satu lagi perkara yang mungkin saya dapat tambah di sini. Ramai manusia memotong talian rezeki apabila tidak berterima kasih kepada manusia dan tidak bersyukur kepada Tuhan.

Saya secara peribadi akan mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang saya ingat membantu saya. Contohnya apabila Lot.my menerima anugerah ICT Awani beberapa hari yang lepas, saya SMS kepada semua orang yang pernah membantu kami dalam pembikinan atau pemasaran laman ini.

Dengan ucapan ringkas seperti terima kasih, orang yang menerima ucapan ini akan berkongsi kebahagian kejayaan kita itu. Jadi apa respon mereka selepas ini ?

Mereka akan mencari jalan untuk terus membantu kita. Dengan ini, anda akan menjadi lebih berjaya di masa hadapan.

Bersyukur kepada Tuhan juga penting, kerana lebih dekat anda dengan sumber rezeki, lebih banyak rezeki akan mengalir ke arah anda. Ramai orang tidak faham ini, mereka melupakan manusia yang menolong dan melupakan Tuhan yang memberi selepas mereka mendapat satu pemberian.

Sebagai kesimpulan dari artikel ini, apa yang kita dapat belajar dari semua ini?

■Sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan
■Sentiasa bersedia untuk menerima pertolongan
■Ambil peluang yang anda terima tanpa ragu-ragu
■Ucapkan terima kasih kepada manusiaBersyukur kepada Tuhan

Terima kasih.

*aq copy n pes je dr fb.. tp, penting utk dibaca oleh smua.. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...